Home Pendapat Selayaknya pendaftaran Muda dibatalkan

Selayaknya pendaftaran Muda dibatalkan

Kerajaan didesak segera memberikan moratorium secara automatik kepada rakyat negara ini sebagaimana yang diberikan pada pelaksanaan PKP 1.0 dahulu.

PERMOHONAN Muda telah dibatalkan oleh RoS menjadi satu perbualan hangat dalam kalangan orang muda.

Namun, Muda harus menerima hakikat bahawa kewujudan mereka ini hanyalah sementara sahaja dan mensia-siakan aspirasi orang muda pada masa akan datang.

Dengan hanya berbekalkan populariti seorang individu yang bernama Syed Saddiq (MP Muar) maka parti ini dilihat bersilat individual.

Bagaimana pula dengan penganjur bersama yang lain? Muda bukan parti politik yang kita idam-idamkan untuk membawa perubahan, malah ideologi mereka adalah samar.

Harus kita ingat berpolitik dengan ideologi itu memilih sisi, sama ada konservatif mahupun liberal. Adengan digelar sebagai golongan tengah (centrist) adalah dongeng semata-mata.

Pergerakan mereka bukan bergerak sebagai ahli politik akan tetapi hanyalah NGO semata mata, lebih baik jadi NGO daripada menjadi parti politik.

Kalau kita bersandarkan seseorang individu menyampaikan dan membawa hasrat kita ke menara puncak, maka tidak perlu buat parti politik, bergerak sahaja sebagai individu, ataupun masuk parti politik lain. Parti itu bersama bukan hanya seorang sahaja yang patut menonjol.

Muda harus ingat, asas kerajaan ini adalah sistem Raja Berperlembagaan dan segala kepincangan yang membabitkan pihak pihak tertentu, perlu ditangani dengan cara halus, tenteram, berdasarkan perlembagaan dan bukan secara demonstrasi jalanan seperti di Bangkok.

Penyertaan orang muda dalam politik di negara ini akan sentiasa bertambah di pacu oleh jumlah orang muda yang meningkat dan penyebaran media sosial yang meluas.

Dengan adanya pembukaan peluang bagi menentukan pemimpin negara pada PRU 15 termasukalh penyertaan daripada pengundi berumur 18 tahun akan datang, maka tanggungjawab dan kredibiliti pemimpin muda yang mahu memikat hati golongan ini lebih penting.

Pengundi muda perlu memilih kumpulan idealogi yang bukan saja berijazah tinggi akan tetapi juga mempunyai kebijasanaan terkumpul dan bukan saja berpaksikan kepada individu seperti Syed Saddiq.

Dengan adanya dalil sebegitu, selayaknya penubuhan Muda dibatalkan permohonannya, kalau sudah tahu mahu pandai menaikkan yang lain dan bergerak sebagai sebuah parti, boleh cuba sekali lagi.

Muhammad Shaqib Shahrilnizam
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Pulai

1 Komen

Comments are closed.