Home Ekonomi Harga petrol kekal, diesel naik 1 sen

Harga petrol kekal, diesel naik 1 sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM2.14 seliter dan RM1.84 seliter.

Manakala harga runcit diesel naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.01 seliter kepada RM2.02 seliter.

Penetapan harga runcit produk petroleum bagi tempoh 9 Januari 2021 sehingga 15 Januari 2021, kata Kementerian Kewangan.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette