KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang berpunca daripada pihak ketiga di Jalan Sering, Taman Sungai Sering, Cheras telah selesai pada jam 11 malam tadi.
Menurut Air Selangor, bekalan air kini dibuka semula bermula 2 pagi tadi secara berperingkat.
Pengguna dinasihatkan agar air pada pili mengalir seketika sehingga jernih sebelum digunakan untuk memasak, mandi dan membasuh.
Semalam, kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah yang berpunca daripada pihak ketiga di Jalan Sering, Taman Sungai Sering, Cheras.
Akibat itu, gangguan bekalan air tidak berjadual di 121 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat. -MalaysiaGazette