Home Dunia Akaun Twitter Trump disekat secara kekal

Akaun Twitter Trump disekat secara kekal

Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Twitter menggantung secara kekal Presiden Donald Trump “kerana risiko untuk menghasut keganasan”, kata syarikat itu.

Twitter mengatakan keputusan itu dibuat “setelah kajian semula ke atas tweets terbaru dari akaun @realDonaldTrump dan konteks di sekitarnya”.

Trump sebelum ini disekat daripada menggunakan akaunnya selama 12 jam.

Malah, Twitter memberi amaran kan melarang Trump secara “kekal” jika beliau melanggar peraturan platform itu lagi.

Memberi reaksi kepada larangan kekal itu, penasihat kempen Trump 2020, Jason Miller menerusi ciapan berkata: “Menjijikkan … jika anda tidak menyangka mereka akan muncul pada anda, anda salah”.

Amaran itu dikeluarkan Twitter selepas Trump retweet beberapa pesanan yang menyifatkan para penyokongnya yang menyerbu US Capitol sebagai ‘patriot’.

Ratusan penyokongnya memasuki bangunan Capitol ketika Kongres Amerika Syarikat sedang mengesahkan kemenangan Joe Biden dalam pemilihan presiden.

Keganasan yang berlaku menyebabkan kematian empat orang awam dan seorang pegawai polis.

Kepungan oleh penyokongnya berlaku hanya beberapa jam setelah Trump mengeluarkan kenyataan “Kami tidak akan pernah menyerah; kami tidak akan pernah mengalah”. – MalaysiaGazette