KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan penggal persekolahan 2021 patut ditangguhkan ke selepas cuti Tahun Baru Cina.
Ini kerana, keadaan banjir masih belum reda dan penularan pandemik Covid-19 pula semakin teruk.
Ia ditambah pula dengan ura-ura untuk melaksakana semula Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat di beberapa negeri yang berada di zon merah.
“Kita boleh ganti hari sekolah yang tertangguh dengan membatalkan cuti pertengahan penggal pertama (selama sembilan hari) dan cuti pertengahan tahun (selama 16 hari),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Situasi banjir di enam buah negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Johor dan Sabah ssmakin buruk.
Setakat semalam hampir 50,000 orang dari keenam-enam negeri berkenaan telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Sementara itu, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia terus kekal empat angka.- MalaysiaGazette