KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad selamat bergelar suami sekali lagi selepas mendirikan rumah tangga bersama gadis yang dikenali sebagai Farah sebagai suri hatinya.
Berdasarkan gambar dan postingnya di Twitter, majlis perkahwinan Ahli Parlimen Setiawangsa itu kelihatan berlangsung semalam.
Katanya. majlis berlangsung dalam dalam keadaan norma baharu pencegahan penularan wabak Covid-19.
“Alhamdulillah, syukur dapat bernikah dengan isteri, Farah dalam norma baharu hari ini. Terima kasih atas doa dan ucapan semua,” tulisnya.
Beliau turut menerima ucapan tahniah daripada rakan partinya Rafizi Ramli yang juga bekas Naib Presiden PKR.
“Selamat pengantin baru kepada saudara @niknazm. semoga bahagia hingga ke syurga. Patut saya jadi pengapit tapi Nik nak yang muda-muda saja.
“Saya pangkat abang yang jemput dia kat airport (masa birthday saya) bila dia mula-mula sampai London dulu (saja nak ungkit),” katanya sambil bergurau.
Untuk rekod, Sebelum ini, Nik Nazmi pernah berkahwin dengan Imaan Abdul Rahim, seorang doktor.
Walau bagaimanapun rumah tangga mereka berakhir selepas 14 tahun apabila mengambil keputusan untuk bercerai pada Julai 2019.- MalaysiaGazette