KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bergelar ibu dan ayah setelah dikurniakan cahaya mata lelaki.
Perkara tersebut dikongsikan oleh kedua-duanya menerusi Instagram masing-masing.
“Alhamdulillah pada 5 Januari 2021 anak lelaki kami yang pertama dilahirkan pada pukul 2.26 petang.
“Kami begitu terharu dengan semua pengalaman dari bilik bersalin sehinggalah menjadi ibu dan ayah,” tulis pasangan itu
Menurut kedua-duanya, perjalanan menjadi ibu dan ayah merupakan satu keberkatan yang terbesar.
“Kami sangat gembira dapat merasai setiap saat yang istimewa. Syukur Alhamdulillah,” ujar mereka.
Aiman dan Zahiran pada Oktober yang lalu membuat keputusan untuk melahirkan anak sulung mereka di Perth, Australia.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2019.-MalaysiaGazette