KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengenalpasti lima kluster baru Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan di Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Melaka, dan Terengganu.
Kluster baharu berkenaan adalah Kluster Mikro melibatkan tempat kerja di daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, dan Kota Tinggi di Johor.
“Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang.
“Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 588 individu telah disaring, yang mana 97 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.
Seterusnya adalah Kluster Symphony Magazine di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang.
Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 116 individu telah disaring, yang mana 44 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
“Ketiga kluster Pasai melibatkan daerah Sibu dan Mukah di Sarawak,” tambah Noor Hisham.
Selain itu adalah Kluster Teknologi Kesidang melibatkan Melaka Tengah di Melaka dan Kluster Palut di Dungun di Terengganu.
Setakat ini kluster aktif yang dipantau berjumlah 256
Dalam pada itu, sebanyak enam kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Bukit Gemok, Kluster Erima, Kluster Baloi, Kluster Talang-talang, Kluster View Kolombong, dan Kluster Jalan Kilang.-MalaysiaGazette