LONDON – Dua gol pada masa tambahan dari Emile Smith Rowe dan Pierre-Emerick Aubameyang memastikan Arsenal menundukkan kedegilan Newcastle United dalam pusingan ketiga Piala FA Emirates awal pagi tadi.
Dalam aksi di Emirates, the Gunners berdepan kesukaran untuk memecahkan ego pelawat yang tidak mahu menyerah kalah dengan benteng pertahanan yang begitu kebal.
Beberapa percubaan the Gunners buntu dalam mencari gol di gawang lawan.
Andy Carroll terlepas dua peluang emas pada 90 minit pertama yang mungkin boleh menghancurkan skuad kendalian Mikel Arteta awal pagi tadi.
Setakat ini Arsenal memegang rekod kemenangan terbanyak Pial FA iaitu sebanyak 14 kali.
Separuh masa pertama dan kedua berakhir dengan terikat seri tanpa jaringan dari kedua-dua pasukan.
Smith Rowe yang dimasukkan di separuh masa kedua berjaya membuka gol pada minit tambahan ke-109.
Justeru dengan berbekalkan semangat itu, the Gunners mula mengganas sebelum Aubameyang membuka gol kedua pada minit ke-117 sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan keempat.-MalaysiaGazette