Home Dunia Tanah runtuh, 11 terkorban termasuk kanak-kanak 6 tahun

Tanah runtuh, 11 terkorban termasuk kanak-kanak 6 tahun

Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun selepas tanah runtuh melanda wilayah Jawa Barat, kata pihak berkuasa hari ini.- Foto agensi.

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun selepas tanah runtuh melanda wilayah Jawa Barat, kata pihak berkuasa hari ini.

Selain itu, puluhan lagi mangsa dilaporkan masih hilang.

Tanah runtuh pertama berlaku selepas hujan lebat sejak petang semalam di Sumedang di mana tanah runtuh kedua pula menimbus penduduk dan pasukan penyelamat sehingga kini masih berusaha mencari mangsa.

Jurucakap agensi menyelamat Bandung, Seni Wulandari berkata, pihaknya masih mengira berapa ramai manga hilang selepas tanah runtuh kedua berlaku kerana ramai orang menyertai usaha menyelamat tanah runtuh pertama.

Beliau berkata, sekurang-sekurangnya seorang mangsa terselamat cedera parah manakala 11 orang disahkan terkorban.- MalaysiaGazette