Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mahu penularan wabak Covid-19 berlaku dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di beberapa negeri yang terjejas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan, setiap petugas barisan hadapan diwajibkan melakukan ujian saringan berkala sebelum mereka dibenarkan bertugas dan merawat mangsa banjir di setiap daerah.
“Kita memang ada buat ujian berkala swab untuk dilaksanakan. Ini mandatori kita buat. “Walau bagaimanapun kes-kes yang datang di premis sama ada di klinik kesihatan ataupun PPS banjir, kebanyakan yang datang adalah individu yang tidak bergejala.