Home Ekonomi Affin tawar bantuan moratorium

Affin tawar bantuan moratorium

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR Affin Bank Berhad (Affin Bank) dan Affin Islamic Bank Berhad (Affin Islamic) menawarkan bantuan moratorium sehingga enam bulan di bawah inisiatif Program Bantuan Kewangan dan Bantuan Ansuran (F.A.I.R) kepada pelanggan yang terjejas akibat situasi banjir yang sedang berterusanM

”Kami menyedari kesukaran yang dialami oleh pelanggan kami dalam menangani situasi semasa, terutama dengan keadaan banjir yang semakin berterusan dan kes Covid-19 yang sedang meningkat di seluruh negara.

”Dengan program bantuan ini, para pelanggan kami yang terjejas dengan keadaan banjir boleh menangguhkan pembayaran pinjaman mereka selama 6 bulan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali. – MalaysiaGazette