Home Ekonomi Palut’s Food sasar jualan RM50 juta tahun ini

Palut’s Food sasar jualan RM50 juta tahun ini

Palut's Food memperkenalkan tiga lagi produk baharu iaitu Banana Salai Crispy, Nangka Sangrai Crispy dan Banana Sangrai Crispy di bawah Palut’s Superhero serta melantik tiga orang artis sebagai duta.

KUALA LUMPUR – Syarikat produk makanan ringan, Palut’s Food Sdn. Bhd. menyasarkan jualan sebanyak RM50 juta untuk tahun 2021 ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ridzuan Ansar berkata, sasaran dibuat berdasarkan kepada sambutan luar biasa yang diterima terhadap produk keluaran syarikatnya itu.
Jelas beliau, pihaknya tidak menyangka jualan syarikat mencecah lebih RM7 juta sedangkan tidak sampai setahun beroperasi.

“Perniagaan kami hanya bermula pada Mac tahun lalu dengan modal yang hanya bermula sebanyak RM200. Namun begitu, jualan untuk pada tahun lalu mencecah sebanyak RM7.1 juta.

“Justeri pada tahun ini, kami meletakkan sasaran jalan sebanyak RM50 juta dengan pengeluaran beberapa lagi produk baharu serta beberapa strategi pemasaran untuk mempromosikan produk ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ridzuan menambah, setakat ini antara produk makanan ringan yang dihasilkannya seperti Banana Salai Crispy, Tenggiri Snack Spicy, Banana Salai Roll Chocorich dan banyak lagi.

Perniagaan tersebut dijalankan secara online yang melibatkan jualan multi-level dari Master Stokis, Stokis, Stokis, Mini Stokis, Ejen dan Dropship.

Visi mereka untuk membantu lebih ramai orang untuk berjaya menambah pendapatan dan menjadikan Palut’s Food sebagai jenama snek pilihan nombor 1 di Malaysia.

Sementara itu, dalam usaha untuk mencapai sasaran jualan berkenaan, Ridzuan memberitahu sebanyak tiga lagi produk baharu telah dihasilkan iaitu Banana Salai Crispy, Nangka Sangrai Crispy dan Banana Sangrai Crispy di bawah Palut’s Superhero serta melantik tiga orang artis sebagai duta.

Menurutnya antara artis yang menjadi duta seperti Achey (Nangka Sangrai Crispy), Saharul Ridzuan (Banana Salai Crispy) dan Zoey Rahman (Banana Sangrai Crispy) dengan tagline ‘Terliuq Agitchuu!’.

“Tahun 2021 adalah tahun yang begitu teruja buat kami kerana telah berkolaborasi bersama tiga orang artis.

“Diharapkan kolaborasi yang terjalin ini akan memberikan satu pendekatan yang baharu dalam usaha mempromosikan produk ini kupada orang ramai,” katanya. – MalaysiaGazette