MGNews : Rampasan Dadah Paling Besar Bernilai RM 4 Juta – Ketua Polis Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Polis merampas dadah bernilai RM4,562,956 baru-baru ini setelah menghidu satu sindiket dadah yang didalangi tiga anak muda berusia 20-an.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, jumlah rampasan itu boleh dibekalkan kepada 195,480 penagih dadah.

Jelas beliau, selain rampasan dadah, pihaknya juga berjaya menyita kenderaan bernilai RM93,000 dan wang tunai sebanyak RM160,366 dalam dua tangkapan berasingan di Kepong serta Seri Kembangan.