Home Seni Hidup Mama Ziela bukan perampas – Anak tiri

Mama Ziela bukan perampas – Anak tiri

Kisah perkahwinan terbaharu Ziela (dua dari kri) bersama Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud, Datuk Syed Osman Al-Habshee menjadi bualan ramai.

KUALA LUMPUR- Anak tiri penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Ziela Jalil yang dikenali Najwa menegaskan ibu tirinya itu bukan seorang perampas.

Justeru Najwa memohon agar netizen berhenti menghentam ibu tirinya dengan gelaraan itu.

Malah katanya, dia dan adik beradik menyayangi Ziela seperti ibu kandung mereka.

“Kami baik-baik saja dengan Mama Ziela, kami menyayanginya seperti ibu kami sendiri. Berhenti bercakap mengenai rampas la apa la.

“Perkahwinan mereka adalah rahmat bagi kami. Ibu saya baik-baik saja. Dan berhenti menyerang mama kerana dia bukan perampas,” tulisnya di laman Twitter.

Kisah perkahwinan terbaharu Ziela bersama Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al-Habshee menjadi bualan ramai selepas media mendedahkan beberapa keping gambar yang dikaburkan.

Gara-gara pendedahan itu, Najwa menerusi akaun Twitternya difahamkan telah memuat naik ciapan mengakui individu yang dimaksudkan itu adalah bapanya dan Ziela.

Sementara itu, Najwa melahirkan rasa syukur kerana dilimpahi dengan kasih sayang daripada dua orang wanita.

“Betul, anak mana yang suka ada dua ibu? Tetapi Alhamdulillah Tuhan mengurniakan saya dua ibu yang cantik dan saya diberkati kerana keberadaannya. Kami dalam keadaan baik.

“Tak salah untuk kita kongsi kasih sayang dengan sekarang ibu tunggal yang banyak memberi semangat dan kasih sayang terhadap ayah kami,” tulisnya lagi.

Ziela sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dan dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

Ziela turut mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah. – MalaysiaGazette