Home Utama Saifuddin arah siasat dalang ciapan jelik SKMM

Saifuddin arah siasat dalang ciapan jelik SKMM

Datuk Saifudin Abdullah.
Saifuddin Abdullah.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat menyalahguna akaun rasmi Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementerian akan bertindak secara proaktif dan sekiranya didapati berlakunya kesalahan, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Tindakan jelasnya tidak akan mengira sama ada bekas kakitangan KKMM atau tidak.

“Saya memandang serius isu tular mengenai ciapan tidak senonoh pada tahun 2014, yang dikaitkan dengan akaun rasmi Twitter MCMC (SKMM).

“Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh daripada semua sudut, termasuk tatacara pengendalian akaun Twitter berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular apabila beberapa ciapan SKMM di Twitter berbaur jelek pada tahun 2014.

Akaun Twitter rasmi SKMM kemudian digantung buat sementara waktu selepas disahkan diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti dilaporkan semalam.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mesej mencurigakan melalui Twitter rasmi bukan dari SKMM