LONDON – Manchester United telah menandatangani secara rasmi Amad Diallo selepas dia hadir ke Carrington buat pertama kalinya.
Pemain yang berusia 18 tahun ini melengkapkan perpindahan bernilai £37 juta dari kelab Italit, Atlanta pada minggu lalu dan kontraknya bersama United sehingga tahun 2025.
Diallo yang akan menyarung jersi no 19 untuk pasukan United telah diperkenalkan dengan fasiliti latihan sekitar United sebelum ditemuramah.
Pemain yang berasal daripada Ivory Cost itu meluahkan rasa gembira kerana ‘mimpi menjadi kenyataan’ selepas berjaya berhijrah ke United pada Januari ini apabila kedua-dua kelab bersetuju dengan syarat dan terma pada Oktober lalu.
“Selepas menanti sejak awal musim ini dan akhirnya mimpi saya menjadi kenyataan dan kini saya berada di sini sebagai pemain United. Saya mempunyai impian yang besar untuk mencapai segala impian yang saya idamkan.
“Saya akan memastikan saya mendapat minit permainan selepas saya bercakap dengan pengurus pasukan yang menyaksikan saya sangat sesuai dengan cara pemain United.’
‘Saya sangat teruja kerana di sini ada menghimpunkan pemain-pemain terbaik dan pemain muda yang berkualiti. Saya berjanji akan berlatih bersungguh-sungguh dan berlajar daripada pasukan serta memberikan kualiti yang saya ada untuk pasukan. Saya akan cuba menyesuaikan diri saya dengan permaianan bola sepak Inggeris.
“Saya mempunyai masa sebelum hadir ke United. Saya telah membuat persediaan dari segi fizikal dan mental. Saya berlatih bersungguh-sungguh untuk persediaan saya datang ke kelab yang terbaik ini,” katanya dalam temubual di laman web kelab itu.
Sementara itu, pemain pertahanan lagenda United, Rio Ferdinan meramalkan Diallo akan menjadi pemain terbaik dunia seperti pemain yang pernah United lahirkan sebelum ini iaitu Cristiano Ronaldo. – MalaysiaGazette