Home Nasional Mana sempat bungkus makanan, balik kerja pun sudah jam 7 malam

Mana sempat bungkus makanan, balik kerja pun sudah jam 7 malam

Akibat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebanyak 60 premis diarahkan tutup serta-merta dalam Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diadakan semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bukan peniaga yang tidak puas hati dengan arahan penutupan premis pada jam 8 malam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebaliknya rasa yang sama turut dilahirkan dalam kalangan pelanggan.

Arahan terbaharu itu didakwa menyukarkan pembeli untuk mendapatkan barang atau bekalan makanan sama ada melalui pandu lalu atau penghantar makanan.

Mohammad Hasbullah Ahmad

Seorang pekerja bank, Farhan Zabidi berkata, kerajaan sepatutnya mempertimbangkan operasi premis-premis makanan sehingga 10 malam bagi memudahkan pekerja yang balik malam berkesempatan membeli makanan.

Katanya, sejak PKP memang susah untuk mencari makanan pada waktu malam. Sewajarnya kerajaan pertimbang untuk melanjutkan operasi kedai antara jam 9 hingga 10 malam,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Bandar Seri Permaisuri.

Farhan Zabidi

Sementara itu, seorang pekerja bank, Mohammad Hasbullah Ahmad pula berpendapat, kalau ikutkan masa tidak ada masalah pun kalau premis dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam memandangkan pekerja dibenarkan bertugas sehingga malam.

“Jadi kenapa nak tutup awal? Kalau pasar raya nak tutup awal tidak mengapa, tapi kalau kedai makanan pasti menjadi isu kerana ada orang balik awal, ada orang balik lewat.

“Masalah individu berbeza, maka saya rasa lebih baik lewatkan penutupan tapi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), bukankah itu lebih baik. Lagipun kita bukan duduk dalam kedai,” katanya.

Sahar Ibrahim

Namun, bagi seorang pengurus, Pengurus, Sahar Ibrahim, 44, arahan penutupan itu adalah normal bagi mengelakkan orang ramai melepak di luar rumah.

“Tapi, saya percaya arahan kerajaan ini akan memberi kesan kepada para peniaga.

“Namun, dengan masalah yang sedang kita hadapi sekarang, masyarakat harus adaptasi norma baharu ini dalam kehidupan,” ujarnya. -MalaysiaGazette