KUALA LUMPUR – Semua ahli UMNO perlu bersatu-padu mempertahankan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bukannya mendesak beliau berehat atau melepaskan jawatan.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, kini bukannya masa yang sesuai untuk mencetuskan kontreversi dalam parti sendiri.
“Bagi saya, ini bukan masa yang sesuai untuk mencipta gelora di dalam parti ketika kita sedang membina kekuatan dan keutuhan bagi mengembalikan sokongan rakyat.
“Ahli UMNO sepatutnya bersatu padu berdiri teguh di belakang Presiden ketika mana UMNO berdepan situasi sukar selepas tewas dalam PRU-14 lalu,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau dipercayai mengulas gesaan Ketua Pemuda UMNO Pontian, Helmi Buang supaya Ahmad Zahid berehat secara terhormat.
Ujar Mustafa, Ahmad Zahid telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik meskipun ketika parti itu berhadapan dengan kekalahan.
Mustafa berkata, UMNO patut mencontohi parti lain yang mempertahankan pemimpin mereka tanpa mendesak meletakkan jawatan.
“Oleh itu, kita semua perlu bersatu hati, barsatu padu mempertahankan rumah UMNO kita. Elakkan daripada pertelingkahan yang boleh meruntuhkan UMNO dari dalam.
“UMNO perlu mencontohi parti lain, baik parti kawan mahupun lawan yang pernah tidak pernah mendesak Presiden mereka meletakkan jawatan dalam apa juga situasi. Bahkan mereka mempertahankan Presiden mereka. Jangan sesekali kita menjadi seperti tikus membaiki labu,” tambah Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar itu lagi. – MalaysiaGazette
Semua pemimpin UMNO yang terpalit dengan kes mahkamah dan tewas pada PRU14 lalu sepatutnya berundur diri dan berdiam diri bukannya masih berlagak seperti masih berkuasa. UMNO akan terkubur sekiranya puak-puak ini masih bersuara sumbang dan majoriti ahli masih menyokong mereka demi keuntungan yang sedikit, sementara dan membinasakan bangsa Melayu.
sokong Wanna…tapi mereka tidak suka cermin diri sendiri mereka hanya guna kanta pembesar untuk cari dan besarkan kesalahan orang lain spt pemarut kelapa yg tiada PHD.apa lagi kejar jawatan kuasa kroni projek komisen kekayaan…spt kacang lupakan kulit habis madu sepah dibuang,,,.soal rakyat hanya cebisan
Inilah sokong membawa rebah. Ahli UMNO berapa kerat sahaja, sedangkan pengundi melihat UMNO sebagai parti “jahat” yang dipimpin oleh orang jahat. Siapa yang nak mensucikan UMNO? Zahid yang terpalit dengan kes kes mahkamah? Berilah orang “suci” dalam UMNO untuk mensucikan parti keramat ini, bukan penyangak. UMNO akan terkubur pada PRU yang akan datang jika masih ada presiden dan khadam khadam yang seperti ini.
Yg masih pertahan Zahid tu mesti la org2 kuat Zahid sendiri…rakyat mmg xnak da Zahid tu…xkan la UMNO xdapat nak fikir lg…kalau nak berentap PRU 15..Zahid masih jd presiden UMNO…rase2 da tau keputusan rakyat da…
buat apa la nak simpan wak zahid tu,
tak mendatangkan hasil
sejak dia naik huru hara unmo
wak zahid ni lagi gila kuasa