LONDON – Inkues kematian seorang remaja yang hilang semasa bercuti di Malaysia telah meninggalkan beberapa soalan yang belum dijawab, kata keluarganya.
Nóra Anne Quoirin, yang ibunya berasal dari Belfast, hilang dari biliknya di resort Dusun pada 4 Ogos 2019.
Mayatnya ditemui 10 hari kemudian kira-kira 1.6 batu (2.5km) jauhnya.
Dalam wawancara dengan penyiar Ireland RTÉ, ibu Nora, Meabh mendakwa ada “bukti kuat” bahawa anak perempuannya diculik.
Nora, yang dilahirkan oleh ibu bapa dari Ireland-Perancis, tinggal bersama keluarganya di London.
Namun difahamkan semasa berada di Malaysia dia mengguna pasport Ireland.
Dia dilahirkan dengan holoprosencephaly, gangguan yang mempengaruhi perkembangan otak.
Meabh Quoirin memberitahu RTÉ: “Salah satu perkara yang paling menarik yang kami dapati adalah sebuah kawasan yang agak kecil, kawasan ladang di mana Nóra akhirnya dijumpai, sejumlah besar tenaga dikerahkan untuk mencari Nóra.
“Bukan hanya itu, pada empat kejadian berbeza, anggota terlatih pergi ke kawasan ladang dan mencarinya, malah beberapa orang pihak berkuasa berada di lokasi yang tepat di tempat mayat Nóra ditemui.
“Mereka semua melaporkan bahawa tidak ada tanda-tanda kehidupan manusia pada saat itu. Itu bagi kita bukti yang kuat untuk mengatakan bahawa dia tidak berada di sana bersendirian,” katanya.
Cuma kata Quoirin, terdapat kurang bukti DNA dan cap jari.
Beliau dan keluarganya mengikuti perjalanan inkues tetapi katanya, banyak persoalan yang belum dijawab.
“Sementara banyak soalan tersebut tidak dapat dijawab, kami benar-benar mengetahui banyak perkara mengenai apa yang berlaku selama 10 hari ketika Nóra hilang.
“Sebenarnya kami kuat mempercayai Nora diculik dan kami menemui beberapa bukti yang kuat untuk menyokong pandangan kami mengenai hal itu,” ujarnya.
Quoirin menambah, anak perempuannya “tidak mampu secara fizikal atau mental” meninggalkan chalet melalui tingkap.
“Bukan hanya itu – tidak ada cap jarinya yang dapat dijumpai di tingkap dan ada cap jari lain yang tidak dapat dikenal pasti ditemui pada tingkap itu,” tambahnya. – MalaysiaGazette
If you have strong evidence and really expert in this compared to Malaysian, then do the inquest urself. U slept in the same room with her yet you didnt know a thing when she disapeared. You really expect others to know?
No forced entry, no foreign fingerprints. Maybe Malaysian police should investigate her family members also. Domestic violence maybe?