KUALA LUMPUR – Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Pelantikan itu berkuatkuasa mulai 18 Januari 2021 hingga 17 Januari 2024, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Beliau pernah menjawab jawatan Naib Canselor Kedua UiTM pada 1 Januari 2001 hingga 31 Disember 2009.
“Saya yakin berbekalkan pengalaman luas dalam dunia pendidikan di negara ini, beliau mampu meneruskan kegemilangan UiTM dalam usaha membantu anak Bumiputera mendapat pendidikan tertinggi dan menghasilkan profesional bersaing di dalam dan luar negara,” kata Noraini menerusi Facebook.-MalaysiaGazette