KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Kakitangan Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menganggap tindakan sekumpulan individu yang disyaki dikuarantin dan dirawat kerana dijangkitan Covid-19 meminum minuman keras di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Sabah sebagai biadap dan kurang ajar.
Berikutan itu, kongres tersebut mendesak siasatan diadakan dan disusuli tindakan ke atas mereka yang terlibat, termasuk pihak bertanggungjawab yang membelikan minuman keras.
Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata, insiden tersebut menggambarkan seolah-olah sedang bergembira sedangkan petugas barisan hadapan sibuk mengerah keringat untuk menyelamatkan rakyat daripada pandemik Covid-19.
“Tindakan tersebut juga seperti menghina dan tidak menghormati pengorbanan petugas kesihatan dan barisan hadapan yang lain kerana secara jelas melakukan kesalahan di kawasan yang digunakan sebagai fasiliti kesihatan untuk merawat pesakit Covid-19.
“Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sewajarnya mereka sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan apatah lagi ketika sedang mendapatkan rawatan daripada petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan.
Semalam tular di laman media sosial video berdurasi 12 saat yang memaparkan sekumpulan wanita berbual sambil meminum bir dengan dua buah baldi biru yang penuh berisi tin minuman keras terletak di sebelah katil salah seorang individu yang duduk di atas katil.
Menurut Adnan, tindakan meminum bir itu juga boleh mengundang ketidakselesaan pesakit lain yang sedang dirawat selain boleh mencetuskan masalah lain jika keadaan menjadi tidak terkawal.
Justeru tambah beliau, pihak berkuasa polis dan juga Kementerian Kesihatan perlu menyiasat insiden itu dan mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat membeli dan membekalkan minuman keras itu agar perkara sama tidak berulang
“Sekiranya ada penglibatan oleh pihak pengawal keselamatan atau petugas kesihatan sendiri, tindakan tatatertib wajar dikenakan kerana ia mencemarkan integriti terutamanya membabitkan penjawat awam.
“Pekara ini tidak boleh dipandang remeh dan pihak berkuasa tidak perlu melindungi mereka yang bersalah dan CUEPACS berharap tindakan dan keputusan siasatan ini dapat dilakukan dengan segera serta tidak mengambil masa yang lama,” ujarnya.
Menurut Adnan, petugas barisan hadapan yang berkorban nyawa berhadapan dengan virus Covid-19 ini sepatutnya dihormati dan kerjasama daripada semua pihak sekurang-kurangnya dapat membantu dan memberi semangat kepada mereka. – MalaysiaGazette
ARAK DIHARAMKAN sepanjang masa dan hayat kerana ia adalah IBU SEGALA MAKSIAT DN MUNGKAR
IA BUKAN HAK MUTLAK UTK ORANG KAFIR MINUM..JUSTERU ANNUAR MUSA DN DBKL TELAH MENGUATKUASA UNDANG2 PERLESENAN DN JUALAN ARAK D KL…contoh
Mmg sial lah…
Memang sial sangat yg minum tu….sikap sombong dan penting diri sendiri….
stupid and idiot