PAKISTAN – Jumlah kematian akibat letupan lori tangki minggu lepas meningkat dengan lebih 200 orang mangsa terbunuh.
Lori yang membawa petrol itu meletup dekat timur Ahmedpur pada 25 Jun lalu.
Kejadian itu berlaku semasa puluhan penduduk perkampungan berhampiran meluru ke arah lori tangki untuk mengutip minyak yang tumpah selepas lori berkenaan terlibat dalam kemalangan.
Mereka membawa pelbagai peralatan seperti periuk dan baldi untuk mengangkut petrol yang tumpah.
Ketika itu, secara tiba-tiba lori meletup mengakibat ramai penduduk kampung cedera.
Mereka dibawa ke hospital.
Pada awal kejadian, jumlah kematian dilaporkan sebanyak 150 orang tetapi kini sudah mencecah 206 orang.
Jurucakap penyelamat berkata, letupan berlaku apabila ada pengguna jalan raya merokok.
Letupan itu menyebabkan ada segelintir mayat hanya dikenal pasti melalui sampel DNA sahaja.
Pengebumian besar-besaran telah dilakukan pada minggu lalu melibatkan 125 orang jenazah. – MalaysiaGazette