Home Sukan Dele Alli yakin bersatu dengan Pochettino di PSG

Dele Alli yakin bersatu dengan Pochettino di PSG

Dele Alli yakin bersatu dengan bekas boss Pochettino di PSG Januari ini.

LONDON – Pemain Tottenham Hotspur, Dele Alli yakin boleh berhijrah secara pinjaman ke Paris Saint-Germain (PSG) Januari ini.

Ini kerana Pengurus PSG yang juga bekas jurulatih Spurs Mauricio Pochettino mahu membawa masuk pemain itu dalam skuad Ligue 1 itu sebelum jendela perpindahan Januari menutup tirai 2 Februari ini.

Dele sejak awal musim ini hanya menghiasi bangku simpanan di bawah kendalian Jose Mourinho dan tidak berpeluang beraksi untuk pasukan pertama sehingga hari ini.

Pemain berusia 24 tahun itu melakukan sebanyak 37 penampilan untuk skuad England dan percaya Spurs akan menerima permohonannya untuk berhijrah ke Paris secara pinjaman.

Dia hanya dimasukkan dalam aksi menentang Liverpool untuk tempoh tiga minit sahaja pada 16 Disember lalu.

Alli menjadi pemain penting membantu skuadnya mara ke pusingan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2019 di bawah kendalian Pochettino.

Pochettino dikatakan berhasrat untuk membawa masuk Alli.

Justeru laporan sama di England mendakwa penjaga gol Spurs, Dele Alli juga dikatakan diintai Pochettino kali ini.

Namun PSG dikatakan tidak akan mengemukakan tawaran sehingga akhir musim ini.-MalaysiaGazette