TAHUN lalu, Presiden Donald Trump memberikan tekanan yang kuat kepada Arab Saudi untuk menyertai beberapa negara Arab yang telah menandatangani perjanjian untuk menormalkan hubungan dengan Israel.
Memang benar bahawa perjanjian yang ditandatangani antara Israel dan beberapa negara Teluk telah mendapat sokongan Arab Saudi, yang menunjukkan peralihan secara bertahap dan berterusan dalam pendekatannya terhadap isu ini.
Namun, ucapan yang disampaikan oleh Raja Saudi, Salman bin Abdulaziz dalam Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 23 September 2020 menunjukkan pendekatan yang lebih halus.
Ucapan ini dibuat setelah pernyataan rasmi Saudi yang bertujuan menetapkan syarat untuk menjalin hubungan rasmi dengan Israel berdasarkan ketentuan Inisiatif Damai Arab dan keputusan legitimasi antarabangsa.
Isu normalisasi ini turut disuarakan dalam webinar ‘Normalisasi Arab-Israel: Apa Reaksi Kita?’ yang dianjurkan Boycott Divestment & Sanctions (BDS) Malaysia bersama NGO-NGO
lain pada 9 Januari lalu.
“Hakikatnya normalisasi ini adalah tidak normal. There is nothing normal about thisvnormalization. Ia hanya menguntungkan kuasa penjajah dan perampas, Israel itu sendiri,” kata Nurul Aqilah daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Sesuatu yang perlu dipersoalkan normalisasi hubungan Arab Saudi-Israel dianggap akan membantu kedua-dua negara
mencapai matlamat strategik dan ketenteraannya. Hakikatnya, jika Arab Saudi dan Israel berjaya menjalin hubungan formal, ini tidak akan membawa kepada perubahan radikal seperti yang didakwa oleh kedua-dua pihak.
Ahli Parlimen Ledang, YB Syed Ibrahim Syed Noh dalam webinar yang sama berkata, “Normalisasi antara sebahagian negara Arab dengan Israel hanya menguntungkan Israel. Langkah ini antara lain bertujuan untuk melesukan perjuangan pembebasan Palestin.”
Namun, beliau percaya rakyat Arab tidak bersetuju dengan normalisasi ini dan tidak sesekali akan lesu daripada perjuangan ini. Ia tidak akan membawa keamanan atau kestabilan di Timur Tengah kerana normalisasi tidak mungkin menunjukkan tanda-tanda perdamaian. Penyokong beberapa bentuk normalisasi ini berpendapat bahawa perjanjian ini akan membawa keamanan wilayah di kawasan paling damai di dunia.
Namun, perjanjian normalisasi Arab baru-baru ini termasuk kemungkinan perjanjian antara Arab Saudi dan Israel tidak akan menangani kelemahan asas yang menyebabkan keganasan dan ketidakstabilan di rantau tersebut.
Dalam dekad yang lalu, kebanyakan negara Arab telah menyaksikan kebangkitan rakyat melalui demonstrasi menentang pemerintahan yang korup dan menindas iaitu Arab Spring.
Ini juga berlaku untuk Israel dan Palestin. Sebilangan besar demonstrasi ini dilakukan oleh mereka yang inginkan jalan keluar daripada keganasan dengan beberapa negara, bahkan menyaksikan tercetusnya perang saudara dan campur tangan asing.
Ketidaksamaan sosial mendorong tunjuk perasaan hanya dapat ditangani secara relatif dalam kes Tunisia. Yang benar adalah rejim Arab memerlukan sokongan Amerika dan Israel untuk menahan ketidakstabilan di rantau tersebut.
Walaupun terdapat gambaran perdamaian berdasarkan perjanjian normalisasi itu, Arab Saudi mengharapkan Amerika Syarikat dan Israel meningkatkan kerjasama pertahanan dan keselamatan negaranya.
Normalisasi ini juga dilihat tidak akan berpihak kepada kepentingan AS di Timur Tengah.Berdasarkan perjanjian Israel-Arab Saudi, ia mungkin tidak sepenuhnya untuk kepentingan
Amerika Syarikat kerana kedua-dua pihak mahu Washington campur tangan di wilayah yang melebihi ruang lingkup kuasanya.
Adakah berpihak kepada Palestin?
Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), adlishah Sham Bahrin dalam webinar itu berkata, normalisasi negara-negara Arab dengan Israel pada hari ini hanya memberi lesen percuma kepada Israel untuk membina lebih banyak penempatan
haram di Tebing Barat.
Realiti keadaannya adalah bahawa kepenting an Israel dan Arab Saudi di rantau ini berbeza dengan kepentingan AS, apatah lagi kepentingan Israel dan Arab Saudi di kawasan yang
sama, di mana mereka berbeza dengan Amerika Syarikat.
Pihak Israel dan Saudi mempunyai kepentingan agar Washington tetap menjadi kekuatan ketenteraan yang dominan di rantau ini, dan dengan itu mereka ingin mengelakkan pengurangan kekuatan tentera AS di Timur Tengah.
Kedua-duanya juga inginkan agar Washington terus aktif terlibat dalam perang melawan keganasan di Timur Tengah. Namun, kerjasama ketenteraan Israel-Saudi bermaksud bahawa definisi keganasan telah berkembang merangkumi penentang politik damai rejim Saudi, yang juga sering menentang normalisasi dengan Israel.
Pengerusi Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) Muslim Imran, berpendapat bahawa normalisasi yang berlaku antara beberapa negara Arab pada hari ini adalah sebahagian daripada pelan lebih besar (grand strategy) Israel dan Amerika Syarikat untuk menjadikan Israel sebagai kuasa besar di Timur Tengah dan memperkukuh hegemoni Amerika.
Dalam webinar itu, Prof Dr Chandra Muzaffar mempertikaikan tindakan negara-negara Arab menjalin hubungan diplomatik dengan Israel."Apa manfaatnya? Apakah nasib rakyat Palestin akan menjadi lebih baik? Apakah Israel akan berhenti merampas tanah-tanah rakyat Palestin? Apakah kedudukan Baitulmaqdis akan terpelihara? Apakah keuntungan yang Mesir dan Jordan dapat selepas berdamai dengan Israel selama ini?
" Prinsip yang tegas demi Palestin Ahli Dewan Negara, YBM Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin berkata, kita tidak boleh
membenarkan maruah dan nasib rakyat Palestin dijual demi meraih keuntungan dan manfaat ekonomi.
“Tindakan negara-negara Arab yang menormalisasi hubungan mereka dengan Israel ini perlu dibantah dengan sekeras-kerasnya." Presiden Muslim Business Network Association of Malaysia (MUBIN) Sahak Yasin berpandangan perlunya ada satu gelombang kebangkitan baru untuk menentang normalisasi antara negara-negara Islam dengan Israel.
Tambahnya, Kerajaan Malaysia perlu lebih agresif menggunakan hubungan diplomatik khususnya dengan negara-negara serantau agak tidak menormalisasikan hubungan dengan Israel.
Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor, pensyarah Akademi Pendidikan Islam Universiti Malaya (APIUM) pula bersetuju dengan saranan untuk mendekati ahli-ahli parlimen di Malaysia agar
dapat membuat satu usul tergempar bagi menyatakan pendirian jelas Malaysia dalam isu normalisasi ini.
“Kewujudan Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah seharusnya dimanfaatkan dalam menangani isu ini," jelas beliau.
Bagi Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, apa yang kita perjuangkan iaitu pembelaan nasib rakyat Palestin bukanlah retorik.
“Ia adalah tuntutan yang selari dengan pelbagai resolusi PBB yang telah dipersetujui oleh komuniti antarabangsa."
Selain itu, Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Azmi Abdul Hamid berkata bahawa kita tidak boleh terus bertindak secara reaktif dalam isu ini.
“Kita sepatutnya sudah mampu menjangkakan (anticipate) langkah-langkah yang akan diambil oleh Israel dan Amerika Syarikat ,dan mengambil langkah stategik untuk menangani
ancaman normalisasi ini."
Oleh yang dmikian, Malaysia perlu menyatakan dengan tegas pendiriannya dan berpegang kepada prinsip yang utuh dalam isu normalisasi ini yang jelas merugikan Palestin dan
rakyatnya.
Peranan signifikan negara dalam isu ini amat diharapkan agar negara-negara Arab tidak meneruskan normalisasi sekali gus kepentingan rakyat Palestin untuk menyelamatkan tanah
air mereka terus dibela dan diperjuangkan.
Atriza Umar
Jabatan Penerangan dan Perhubungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia