KUALA LUMPUR – Rockers terkenal, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenam semalam.
Berita itu dikongsikan oleh Awie menerusi Facebook miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Awie memaklumkan isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat serta meluahkan rasa syukur proses kelahiran anaknya dipermudahkan.
“Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu.
“Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri didalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada rakan-rakan dan kenalannya yang turut mendedahkan Awie menimang cahaya mata lelaki.
Awie mendirikan rumah tangga dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin pada Oktober 2016 dan ini adalah anak pertama mereka.
Vokalis kumpulan Wings itu pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon, Arni Nazira pada 1998 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Selepas berpisah, Awie bernikah dengan Rozana Misbun pada 2006 dan memiliki tiga orang anak. – MalaysiaGazette