Home Nasional Lebih 1,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan

Lebih 1,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan oleh Selangor Freelance bagi membantu golongan terjejas pandemik Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelaksanaan inisiatif berkenaan diperuntukkan sebanyak RM10 juta susulan hentakan ekonomi yang semakin merudum.

Inisiatif yang akan dilaksanakan itu merupakan kerjasama antara beberapa platform pekerja bebas bagi menjana pendapatan tambahan melalui ekonomi sampingan.

“Peluang pekerjaan yang ditawarkan melibatkan kemahiran tinggi seperti perkhidmatan pemasaran digital, pengurusan akaun media sosial, perakaunan, pengaturcaraan serta kerja kolar biru seperti juruelektrik, tukang paip serta pembersih rumah,” katanya ketika pengumuman khas Pakej Kita Selangor hari ini.

Selangor Freelance telah tersenarai dibawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan sebanyak RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC).-MalaysiaGazette