BEIJING – China yang mahu bekerjasama dengan pentadbiran Presiden Joe Biden, mengumumkan sekatan terhadap Mike Pompeo, bekas Setiausaha Negara yang didakwa “berbohong dan 27 pegawai tinggi lain.
Mereka semua adalah pegawai ketika di bawah pentadbiran Donald Trump.
Langkah itu adalah tanda kemarahan China, terutama atas tuduhan yang dibuat Pompeo pada hari-hari terakhirnya sebagai kakitangan White House dengan mendakwa China telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Uighur.
Kementerian Luar Negeri China mengumumkan sekatan tersebut dalam satu pernyataan yang muncul di laman webnya pada waktu Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).
Pompeo dan yang lain telah “merancang, mempromosi dan melaksanakan serangkaian gerakan gila, secara serius campur tangan dalam urusan dalaman China, merosakkan kepentingan China, menyinggung perasaan orang China dan mengganggu hubungan China-AS. dengan serius,” katanya.
Selain Pompeo, sekatan turut dikenakan ke atas Ketua Perdagangan Peter Navarro; Penasihat Keselamatan Nasional; Robert O’Brien dan John Bolton, Setiausaha Kesihatan; Alex Azar, Duta Besar AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kelly Craft dan mantan pembantu teratas Trump, Steve Bannon.
Seramai 28 bekas pegawai dan anggota keluarga terdekat akan dilarang memasuki China, Hong Kong atau Macao dan syarikat dan institusi yang berkaitan dengan mereka dilarang berniaga dengan China.
Pompeo dan yang lain-lain belum memberi maklum balas terhadap tindakan tersebut termasuk Jabatan Negara. – MalaysiaGazette