Home Nasional Langkah kecil membawa perubahan besar

Langkah kecil membawa perubahan besar

Kami memahami cabaran yang kita semua hadapi berikutan situasi semasa di mana ia membawa perubahan dalam kehidupan setiap orang. Justeru, kami mengambil
berat dan sentiasa bersama anda.

Penggunaan elektrik pasti meningkat apabila lebih banyak masa dihabiskan di rumah sama ada untuk bekerja atau belajar. Oleh itu, gunalah elektrik dengan bijak.

Sekecil mana sekali pun perubahan amalan seperti menutup suis peralatan elektrik apabila tidak digunakan dan menetapkan suhu penyaman udara pada 24 darjah Celsius; ia boleh membawa kesan yang besar. Bayangkan kebaikan yang boleh dinikmati bersama sekiranya kita semua melakukan peranan masing-masing. Untuk panduan penjimatan elektrik yang lain, layari laman web www.mytnb.com.my.