Home Ekonomi BNM dijangka kekalkan OPR

BNM dijangka kekalkan OPR

Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM)  dijangka tidak akan mengurangkan Kadar Asas Semalaman (OPR) kerana pengurangan sebanyak 125 mata asas yang dibuat pada tahun itu telah memberi sokongan kepada ekonomi.
Bagaimapun, MIDF Research berkata, kerajaan perlu lebih banyak pendekatan bersasarn untuk membantu mereka yang terpengaruh dengan terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.
”Pakej rangsangan fiskal PERMAI yang diumumkan baru-baru ini akan memberi kesan yang lebih segera kepada ekonomi apabila dasar kewangan berubah yang biasanya akan mengambil masa beberapa bulan untuk mempengaruhi ekonomi.
“Melangkah ke depan, kami menjangkakan pentadbiran vaksin akan meningkatkan sentimen dan sokongan untuk ekonomi kembali pulih ke pertumbuhan positif tahun ini,” kata firma itu menerusi nota penyelidkannya.
Sebenarnya, firma penyelidikan ini menjangkakan BNM akan menaikkan kadar ke tahap yang lebih normal seawal suku akhir 2021 kerana melihat pertumbuhan ekonomi pulih akhir tahun ini, disokong oleh sentimen yang lebih baik dengan adanya vaksin.
Sementara itu, AmBank Group Research juga menolak sebarang kemungkinan penurunan kadar sebanyak 25 mata asas pada bulan Mac atau suku kedua tahun ini.
Ketua Ekonominya, Dr Anthony Dass berkata, BNM telah  memutuskan untuk mengekalkan OPR tidak berubah pada 1.75%.
”Ini boleh berlaku sekiranya penurunan risiko di peringkat global atau domestik, didorong oleh kes Covid-19, pelaksanaan dan keberkesanan vaksin dan kesan daripada langkah-langkah rangsangan,” katanya.
Ekonomi pada tahun 2021 diunjur dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding tahun lalu walaupun pelaksanaan PKP 2.0 dan keadaan darurat kerana pelaksanaan vaksinasi dan pakej rangsangan.
Semalam, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM mengumumkan pengekalan OPR  pada 1.75 peratus.
Bank Pusat itu berkata, bagi Malaysia, penularan semula kes Covid-19 dan pelaksanaan langkahlangkah pembendungan bersasar telah menjejaskan momentum pemulihan pada suku keempat tahun 2020.
Akibatnya, pertumbuhan bagi tahun 2020 dijangka berada pada paras lebih rendah dalam julat unjuran sebelum ini.
Meskipun pertumbuhan jangka pendek akan dipengaruhi oleh pelaksanaan semula langkah pembendungan yang lebih ketat pada tahun 2021, kesannya tidak seteruk yang dialami pada tahun 2020. Trajektori pertumbuhan diunjurkan bertambah baik mulai suku kedua tahun 2021 dan seterusnya.
Keadaan yang bertambah baik ini akan didorong oleh permintaan global yang kembali pulih, perbelanjaan sektor awam dan swasta yang meningkat semula berikutan sokongan yang berterusan daripada langkah-langkah dasar serta pengeluaran yang lebih tinggi daripada fasiliti perkilangan dan perlombongan yang sedia ada dan baharu. – MalaysiaGazette