Home Nasional Lorong kiri antara Tapah ke Bidor ditutup 5 hari

Lorong kiri antara Tapah ke Bidor ditutup 5 hari

Kerja-kerja yang dijalankan oleh PLUS.

KUALA LUMPUR – Lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Tapah ke Bidor di KM329.64 hingga KM331.79 (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama lima hari kepada semua kenderaan mulai jam 9 pagi, 22 Januari (Jumaat) sehingga jam 12.30 tengah hari pada hari Selasa, 26 Januari 2021.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, ia bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dibuat.

Menurutnya, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Sehubungan itu, pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan.

Dalam masa yang sama, mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit. – MalaysiaGazette