Home Utama KSU kementerian ditahan SPRM bersama barangan bernilai RM3j

KSU kementerian ditahan SPRM bersama barangan bernilai RM3j

Jongkong emas dan beg tangan berharga yang dirampas SPRM.

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Subang Jaya hari ini disyaki terlibat rasuah.

KSU yang bergelar Datuk itu ditahan bersama seorang lelaki pada pukul 8 pagi tadi.

ksu-handbag
Beg-beg tangan pelbagai jenama antara barangan bernilai RM3 juta dirampas SPRM.

SPRM turut merampas dan menyita wang tunai dan jongkong emas, beg tangan dan barang hiasan bernilai kira-kira RM3 juta.

Pasport dan beberapa buku akaun juga dirampas.

 

KSU yang berusia 59 tahun itu dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Manakala lelaki yang berusia 29 tahun itu pula dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit. – MalaysiaGazette