Home Nasional Katil-katil terlalu dekat, jangkitan mudah merebak – Dr Mahathir

Katil-katil terlalu dekat, jangkitan mudah merebak – Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menegur kedudukan katil-katil yang menempatkan pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) terlalu dekat antara satu sama lain.

Apabila ada lawatan oleh pemimpin, kantanya, pesakit-pesakit Covid-19 akan berkumpul, sekali gus menyebabkan jangkitan mudah merebak.

Bekas perdana menteri itu turut memberitahu, tindakan Kementerian Kesihatan yang mengarahkan pesakit Covid-19 kuarantin di rumah kerana keadaan tidak teruk menyebabkan risiko berjangkit dengan ahli keluarga lain di rumah.

Beliau berkata, seorang ahli keluarganya dijangkiti Covid-19 tidak dimasukkan ke hospitak kerana keadaannya tidak teruk.

”Tetapi semasa di rumah keadaannya menjadi teruk sehingga tidak dapat bernafas. Maka dia pun dimasuk ke hospital.

”Masalahnya semasa dia berada di rumah, penyakitnya dijangkit kepada ahli di rumah. Saya percaya ia tidak dapat dimasuk hospital awal kerana jumlah yang dijangkiti terlalu ramai. Tiap hari 4000 dikesan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tetapi, menurutnya, jika pesakit berada di rumah, ahli keluarga akan dijangkiti maka lebih ramailah yang berjangkit.

Sedangkan, katanya, pesakit Covid-19 sepatutnya dikuarantin berasingan daripada keluarga.

Dr Mahathir berkata, ada banyak cara dan amalan yang boleh mengurangkan jangkitan dan berharap doktor-doktor pakar dapat berbincang dengan pegawai kerajaan.

Ini kerana, katanya, wabak Covid-19 terlalu besar untuk ditangani oleh seorang sahaja. – MalaysiaGazette