Home Seni Hidup Aeril Zafril, pengurus positif Covid-19

Aeril Zafril, pengurus positif Covid-19

Aeril Zafril.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan, Aeril Zafril disahkan positif Covid-19 bersama pengurusnya semalam.

Aeril berkata, beliau disahkan dijangkiti virus itu selepas membuat ujian dengan khidmat klinik swasta pada Rabu lalu.

“Hari isnin aku pergi ke rumah p.a/manager (pengurus) aku sebab dia demam. Jadi aku ke sana sebab kebiasaannya aku yang akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni.. Jadi sebab hari pun dah lewat aku putuskan untuk tidur sana ..

“Selasa, esok nya aku angkut dia pegi klinik dan ambil swab test PCR sekali dengan aku.. Lepas tu aku jumpa staff utk beri taklimat pelancaran produk virual hujung bulan ni dan aku balik rumah terus,” katanya menerusi Instagram.

Selepas mendapat keputusan itu, Aeril atau Suhairil Sunari dengan segera memaklumkan keluarga dan kakitangannya untuk turut membuat ujian saringan.

Suami kepada Wawa Zainal memaklumkan sehingga kini beliau kini menjalani kuarantin di bilik di kediamannya.

“Ujian swab Rapid Antigen (RTK) kesemua mereka negative dan masih menanti result Polymerase Chain Reaction (PCR) pulak .. doakan negative juga..

“Sekarang aku self quarantine (kuarantin kendiri) dekat bilik atas .. Nak isi masa 10 hari ni dengan macam-macam aktiviti kat bilik. doakan guys. Sekarang manger aku tu dah recover (makin sembuh) dan tak demam lagi. Tapi tetap self quarantine,” tambahnya. – MalaysiaGazette