Home Nasional Pesakit, petugas Hospital Putrajaya antara 12 kluster baharu Covid-19

Pesakit, petugas Hospital Putrajaya antara 12 kluster baharu Covid-19

Director-General of Health, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the latest development Covid-19 outbreak in Malaysia. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 19 JANUARY 2021. positive cases clusters
Director-General of Health, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the latest development Covid-19 outbreak in Malaysia. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 19 JANUARY 2021.

KUALA LUMPUR – Seorang pesakit dan petugas perubatan di Hospital Putrajaya serta seorang pengawal keselamatan di pusat membeli belah antara 12 kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini.

Daripada jumlah kluster baharu itu, tujuh dikesan di tempat kerja, dua kluster komuniti, satu kluster pusat tahanan dan dua kluster dari kumpulan berisiko.

Kluster tersebut adalah Kluster Indah Gemilang, Jalan Perwira dan Selasih Perindu, Tembok Renggam dan Jalan Skudai di Johor; Kluster Jalan Sungai Chandong di Selangor, Kluster Jalan Kinabenua di WP Labuan, Kluster Ladang Desa Jerocco di Sabah,Kluster Kampung Paya Siput di Pahang, Kluster Serkam Tengah di Melaka, Kluster Tanjung Lumpur di Pahang dan akhirnya Kluster Putra Tujuh di Putrajaya dan Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Putra Tujuh adalah kes indeks ke-172, 697 dikesan positif hari ini hasil saringan pra prosedur melibatkan pesakit dan petugas Hospital Putrajaya yang mana seramai 191 individu disaring manakala 12 dikesan positif.

Katanya, kedua, Kluster Jalan Perwira dikesan di Johor Bahru melibatkan pengawal keselamatan pusat beli belah di asrama pekerja dikesan positif hari ini dan 46 orang disaring tetapi 43 daripadanya disahkan positif.

“Ketiga adalah Jalan Sungai Chandong dikesan di asrama pekerja di Bandar Armada Putra, Pelabuhan Klang yang mana kes positif dikesan pada 20 Januari lalu sementara sehingga kini 80 individu disaring dan 44 daripadanya positif.

“Keempat adalah Kluster Jalan Skudai membabitkan pesakit dan pekerja sebuah Pusat Hemodialisis di Jalan Skudai di Johor Bahru yang mana Indeks kes ke-174344 dikesan positif pada hari ini dan setakat ini 251 individu disaring manakala 12 daripadanya positif.

“Kluster Jalan Indah Gemilang dikesan kes positif pada 18 Januari laluy hasil saringan bersasar di kilang di Taman Perindustrian Gemilang Johor Bahru juga dikesan di Kota Tinggi dan setakat ini 53 orang disaring manalala 13 daripadanya positif,” katanya dalam kenyataan perkembangan harian Covid-19 hari ini.

Tambah Noor Hisham, Kluster Tembok Renggam pula Kluster pusat tahanan melibatkan tahanan dan kakitangan Penjara Simpang Renggam di Kluang apabila kes indeks ke-157, 495 dikesan positif 17 Januari lalu hasil saringan pra rawatan dan setakat ini sejumlah 69 individu telah disaring dan 31 kes sah positif.

Justeru kata Noor Hisham, Kluster Selasih Perindu melibatkan kes indeks ke-132, 555 yang dikesan positif hasil saringan bersasar pekerja di rumah kongsi Taman Selasih dan Taman Perindu di Perindustrian Senai Jaya, Kulai Johor pada 9 Januari lalu manakala setakat ini sejumlah 365 individu telah disaring dan 106 kes daripadanya positif.

Ulasnya lagi, Kluster Ladang Desa Jerocco pula dikesan menerusi kes ke-142, 792 dan ke-145, 926 pada 13 Januari lalu melibatkan pekerja ladang dan kilang kelapa sawit di Kinabatangan, Sabah yang mana setakat ini seramai 38 individu disaring dan kesemuanya positif.

“Kluster Serkam Tengah merupakan kes ke-144, 392 merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) telah dilaporkan positif pada 13 Januari lalu dalam kalangan komuniti di Kampung Serkam Tengah, Jasin Alor Gajah dan Melaka Tengah yang mana sejumlah 131 individu disaring sementara 31 daripadanya positif.

“Kluster Kampung Paya Siput dikesan di Temerloh, Pahang iaitu kes ke-158, 116 dikesan positif pda 17 Januari lalu hasil saringan individu bergejala di kediaman di kampung di Lanchang manakala 48 individu disaring dan 10 daripadanya positif.

“Kluster Tanjung Lumpur dikesan di Kuantan, Pahang membabitkan kes ke-161, 263 disahkan positif pada 18 Januari lalu hasil saringan bergejala di kawasan kediaman dan setakat ini 85 disaring dan 11 daripadanya disahkan positif.

“Akhirnya Kluster Jalan Kinabenua pula dikesan di Labuan, Sabah melibatkan kes ke-172, 444 dikesan hasil saringan bergejala dalam kalangan pekerja Jalan Kinabenua, Sungai Keling dan setakat ini 22 individu disaring manakala lapan daripadanya positif,” tegas beliau.-MalaysiaGazette