Seorang guru wanita kerugian RM27 ribu 550 dipercayai ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) Pahang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 57 tahun mendakwa dia dihubungi suspek dan memaklumkan mangsa mempunyai akaun dari UOB Bank yang digunakan untuk aktiviti pengubahan wang haram.