LONDON -Alexandre Lacazette telah lulus ujian perubatan bersama pasukan Arsenal sebelum melengkapkan perpindahan £52 juta dari Lyon.
Penyerang antarabangsa Perancis itu akan melengkapkan penghijrahan ke Stadium Emirates dengan kontrak selama lima tahun.
Pengurus Arsene Wenger itu berjaya bertindak pantas mendapatkan khidmat pemain yang dalam jendela pembelian walaupun pasukan itu untuk tidak akan beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Pemain berusia 26 tahun itu mempersetujui terma peribadi perjanjian kontrak £150,000 seminggu.
Lacazette tiba ke Arsenal sebelum penyertaannya diumumkan secara rasmi.
Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas mengesahkan bahawa perpindahan Lacazette ke skuad The Gunners akan dimuktamadkan menjelang Ahad ini.
“Nilai perpindahan pemain ini adalah sekitar £52 juta dan sesuatu tawaran unik yang menjadi rekod kelab Arsenal dan Olympique Lyonnais,” ujarnya.- MalaysiaGazette