KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan khabar kononnya beliau mengalami masalah kesihatan.
Dalam sebuah video pendek selama enam saat yang dimuat naik ke laman Facebook rasminya, Dr Mahathir berkata: “Hari Sabtu 23 hari bulan Januari, saya ada di rumah.”
Beliau turut memuat naik kenyataan: ‘Saya sihat, alhamdulillah =)’ sebagai kapsyen pada video itu.
Baru-baru ini terdapat maklumat yang tersebar di laman media sosial, termasuk di aplikasi WhatsApp yang menyatakan Dr Mahathir tidak sihat dan mengalami kesukaran bernafas. – Bernama