Home Dunia Hanoi sasar haram penggunaan motosikal tahun 2030

Hanoi sasar haram penggunaan motosikal tahun 2030

Kira-kira 5 juta motoskal di jalan-jalan raya di di Hanoi, Vietnam.

HANOI – Majlis perbandaran Hanoi mensasarkan untuk mengharamkan penggunaan motosikal menjelang tahun 2030.

Pada masa sekarang bandar ini memiliki sejumlah lima juta motosikal.

Langkah itu diusulkan dengan harapan dapat mengurangkan tahap pencemaran yang meningkat.

Cadangan itu diletakkan dalam kategori langkah-langkah pengurusan segera selepas satu laporan mendapati bilangan motosikal di Hanoi dijangka berkembang pada kadar yang membimbangkan.

Beberapa kajian mencadangkan terdapat sebanyak 2,500 motosikal setiap kilometer.

Menurut kumpulan bukan kerajaan, GreenID, paras pencemaran bandar itu mencatatkan 282 hari dengan PM2.5 pada tahun lalu, sekaligus membahayakan kesihatan manusia.

Pihak majlis perbandaran berjanji untuk meningkatkan pengangkutan awam supaya separuh daripada penduduk menggunakannya berbanding 12 peratus sekarang.

Bagaimanapun, segelintir penduduk bandar itu tidak setuju dengan cadangan majlis perbandaran itu.

Seorang penduduk Ngo Ngoc Trai berkata, bandar ini penuh sesak dan pengangkutan awam sangat sukar.

“Tidak ada sistem bawah tanah di Vietnam. Hanya pada bulan Jun Hanoi menerima pengangkutan bas dua tingkat di beberapa laluan.

“Melihat semula pada sejarah, saya tidak percaya pada pelan jangka panjang. Kerajaan pernah kata Vietnam akan menjadi negara industri pada tahun 2020. Sekarang ini semua orang percaya pelan ini telah gagal,” ujarnya. – MalaysiaGazette