Home Politik MB Kedah, jangan jadi juara perpecahan – Justin

MB Kedah, jangan jadi juara perpecahan – Justin

Muhammad Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR – Nampaknya masih lagi tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang membatalkan cuti umum Thaipusam di negeri tersebut baru-baru ini.

Thaipusam bakal disambut oleh rata-rata masyarakat India terutamanya penganut Hindu pada 28 Januari ini terus menjadi perdebatan lagi-lagi ketika musim pandemik Covid-19 memuncak.

Menurut Ketua Pemuda Negara Bukit Bintang, Justin Prabakaran, tindakan membatalkan cuti umum bagi ibadat Thaipusam di negeri itu sememangnya mengejutkan dan mengecewakan.

Justin Prabakaran

“Selama ini tidak begitu, jadi mengapa Menteri Besar ini pula cuba mengeruhkan lagi keadaan? Pembatalan ini tidak mencerminkan kesatuan dan semangat perpaduan sebenar seorang Menteri Besar kepada rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

“Walaupun MB Kedah memberi alasan bahawa selama ini Thaipusam hanya merupakan cuti peristiwa di negeri itu dan bukannya cuti umum namun ia tidak begitu meyakinkan.

“Ini kerana perayaan Thaipusam telah disenaraikan sebagai cuti peristiwa di negeri itu selama enam tahun berturut-turut sejak 2014. Jadi, mengapa pula amalan ini mahu dibatalkan? Apakah agenda kamu sebenarnya?” soalnya.

Terdahulu Muhammad Sanusi mengumumkan tidak akan ada cuti umum untuk Thaipusam di negeri Kedah pada tahun ini, kerana semua aktiviti pada perayaan tersebut telah dibatalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata Justin lagi, MB Kedah sepatutnya menarik balik pembatalan ini secepat mungkin kerana ianya sudah menjejaskan keharmonian, kesejahteraan dan kesatuan negara dan masyarakat india khususnya di negeri tersebut.

“Tidakkah anda nampak bagaimana umum sedang menunjukan bantahan serta reaksi negatif dalam isu ini? Bukan sahaja masyarakat India atau ahli politik sebaliknya umum termasuklah yang bukan dalam kalangan Hindu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kembalikan cuti Thaipusam – MTUC

3 Komen

  1. Kedah membuat keputusan itu atas faktor kesihatan awam dan perintah kawalan pergerakan (PKP).
    “Maka semua perayaan tidak disambut, termasuk CNY (Tahun Baru Cina). Hari raya puasa pun belum tentu dapat disambut, jika PKP masih dilaksanakan.

    “Cuti peristiwa tak diberi kerana memang rakyat sudah ‘bercuti’ apabila kebanyakan mereka bekerja dari rumah ketika PKP. Ada sebilangan yang bekerja di tempat kerja, terutamanya kumpulan ‘frontliners’.

    “Soalnya, kenapa pihak itu tidak serang kerajaan negeri Pahang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Melaka, Sabah dan Sarawak (kerana tidak menyenaraikan Thaipusam untuk cuti peristiwa)?

    Di waktu rejim hindu pimpinan modi memerintah negeri dan negara India, agama Islam dihina dan umat Islam ditindas, disiksa, dirogol atau dibunuh dan masjid, kampung, kedai dan rumah umat Islam diserang dan dimusnahkan atau dibakar oleh puak pengganas, sami dan puak pelampau hindu dengan hasutan dan sokongan pihak berkuasa.

    Mengapa puak hindu di negara kita seolah-olah diam membisu tidak membantah atau mengutuk kezaliman rejim modi di India ?
    Bukankah segelintir dari mereka sanggup menjadi jurucakap @ barua rejim modi dengan menghasut rakyat membenci pendakwah Islam seperti Dr Zakir Naik dan dakwah Islam dan cuba menghalang dakwah Islam dengan mendesak kerajaan Msia menyerahkan Dr Zakir Naik kepada rejim modi yang bersikap ultra-rasis terhadap agama Islam dan umat Islam ?

    DI MANAKAH SUARA DAN TINDAKAN KAMU DALAM ISU DI ATAS TERMASUK LTTE????? JIKA KAMU TUDUH MB KEDAH RASIS ATAU ISLAM MELAMPAU.

    Keputusan Kedah tidak mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti peristiwa tahun ini adalah keputusan yang bijaksana untuk mengawal dan mencegah wabak covid-19 yang sedang mengancam nyawa rakyat di Kedah dan di seluruh negara.
    perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali….MIC dalam kerajaan mahu LANGGAR ARAHAN PKP 20…BEGITU juga MTUC?????

    Cuti Negeri
    2021 28 Jan Khamis Hari Thaipusam Johor, Kuala Lumpur, N.
    Sembilan, Pulau Pinang, Perak,
    Putrajaya & Selangor KENAPA NAK SALAHKAN MB KEDAH?????

    HARI INI DBKL MEMBENARKAN 10 ORANG KE BATU CAVES…BANTAHLAH JANGAN HIPOKRIT

    KOMEN INI PERLU DIBACA DN FAHAMI PADA SEKUTU2 PERJUANG CUTI THAIPUSAM KEDAH

  2. PRABAKARAN /RAMASAMY/SARAVANAN SERTA lain2 yang JADI JUARA hentam MB KEDAH …buatlah BANTAHAN BESARAN PADA DBKL ATAS ISU INI……Thaipusam: Pedati tidak boleh berhenti, pengikut tidak lebih 10 orang, tiada muzik…..guna OTAK BUKAN EMOSI BENGONG jika nak JADI JUARA hentam orang

  3. Lusedarlah apa sudah jadi itu sekarang lama lagi taktaulah dengan ini. Kuasa ada tapi dikuasai silembik jadi juara. Sikuasa pinakut totok.mundur renti tak maju dipan la bang oi. Di tangan ada picau tapi picau tumpul. Ini macam gua cimua habitla…..hancus libur tibalik.

Comments are closed.