Home Sukan Tomori pilih AC Milan, tinggalkan Chelsea

Tomori pilih AC Milan, tinggalkan Chelsea

Fikayo Tomori.

LONDON – Pemain muda berbakat, Chelsea Fikayo Tomori melengkapkan perpindahan ke AC Milan secara pinjaman dengan pilihan pembelian tetap bernilai £25 juta pada penghujung musim ini.

Pemain kelahiran Kanada itu tiba di San Siro untuk mengukuhkan lagi barisan pertahanan The Rossoneri yang telah kehilngan khidmat Simon Kjaer dan kapten Alessio Ramagnoli yang dilanda kecederaan.

Tomori, 23, gagal merebut tempat dalam kesebelasan utama dengan hanya membuat satu penampilan sahaja sebagai pemain gantian dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Pengurs Chelsea, Frank Lampard lebih gemar untuk menggandingkan pemain veteren Thiago Silva bersama Kurt Zouma atau Andreas Christensen.

Tomori telah dicanang sebagai salah seorang prospek masa hadapan buat skuad kebangsaan England selepas membuktikan keupayaannya pada musim lepas sehingga mendapat kaps petamanya di peringkat antarabangsa ketika menentang Kosovo pada November 2019.

Kemarahan penyokong Chelsea memuncak selepas mengetahui rundingan pinjaman Tomori ke Milan terdapat klausa untuk menjualnya secara tetap dan bukannya untuk memberikannya minit permainan yang lebih baik dan kemudian kembali semula ke pangkuan kelab London tersebut.

Prestasi Chelsea kini berada dalam keadaan terumbang ambing termasuk kekalahan 2-0 kepada Leicester City tempoh hari yang menyebabkan mereka tergelincir ke tangga kelapan liga walaupun berbelanja besar pada awal musim ini. – MalaysiaGazette