KUALA LUMPUR– Pergerakan Wanita UMNO terus konsisten menyokong pendirian parti termasuk kehendak presiden.
Ketuanya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu parti memberi fokus kepada rakyat yang terkesan Covid-19 dan mangsa banjir.
Justeru, katanya fokus pihaknya juga ialah memperkukuhkan gerak kerja bagi mencapai objektif menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Dalam keadaan negara yang kini dilanda wabak Covid-19 dan juga banjir, sudah pasti keperluan rakyat perlu diutamakan,” kata Ahli Parlimen Parit Sulong itu dalam kenyataan hari ini.
Noraini memberitahu, sebagai tulang belakang parti, sudah pasti Wanita UMNO akan terus menggembleng tenaga memastikan kebajikan rakyat dijaga.
Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi menyeru semua ahli parti untuk terus merapatkan saf, memperkukuhkan parti agar rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa UMNO adalah parti yang benar-benar mampu mendukung denyut nadi rakyat yang terkesan akibat pandemik.
“Marilah kita terus mempertingkatkan pematuhan prosedur operasi standard. menjaga kawalan kendiri, agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan dan angka pesakit positif kembali kepada sifar,” katanya.- MalaysiaGazette
Pemimpin UMNO hanya tau sebut “suara akar umbi “ tetapi gagal menyelami “denyut nadi” nya. Mereka hanya duduk dikelilingi pengampu2 dengan mengeluarkan statemen2 yg boleh memberi “ income” kpd mereka.
Jika nak tau betapa meluatnya akar umbi kpd pemimpin2 mereka tengok saja kepada perbuatan dan tingkah lakunya. Taraf pemimpin tidak akan membuat kerja2 menaikkan sepanduk utk meminta pemimpin nya letak jawatan atau mengedar whatsapp memburukkan pemimpinnya maupun memaki hamun di media sosial. Itu adalah perkerjaan “orang2 bawahan” atau dlm lain perkataan …….itu lah denyut nadi rakyat yg sebenarnya.
Tak kan itu pun tak faham……