Home Politik Saifuddin ‘letih’ tunggu PH sepakat guna satu logo

Saifuddin ‘letih’ tunggu PH sepakat guna satu logo

Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR – Gara-gara sukarnya pakatan pembangkang ingin memuktamadkan penggunaan satu logo dalam PRU-14, ada pemimpin mereka yang dikatakan sudah patah hati.

Pada 1 Julai lalu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah dalam status Facebooknya mengundang pelbagai persepsi apabila dikatakan sudah ‘letih’ dengan pelbagai halangan dan percakaran dalam PH berhubung perkara yang sama.

Status itu turut mengundang pelbagai tanda tanya kepada umum mahupun media.

Secara berkias, bekas timbalan menteri itu mendakwa PH kini dilambung badai apabila masih gagal bersatu bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dengan pertolongan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Status Saifuddin Abdullah di Facebook

“Letih melalui proses bertindih penuh dalih sehingga menyebabkan organisasi bertatih dan khalayak jerih lalu kemenangan seakan tak mampu diraih,” tulis Saifuddin.

Idea kearah penggabungan semua parti pembangkang digagaskan Mahathir agar pakatan pembangkang berdaftar sebagai satu parti, yang menggunakan satu parti, logo dan manisfesto yang sama seperti BN.

Bagaimanapun, Penasihat DAP, Lim Kit Siang hanya bersetuju pakatan pembangkang menggunakan satu manisfesto dengan parti-parti yang berbeza tanpa berdaftar sepertimana yang diamalkan sebelum ini. -MalaysiaGazette.