Home Dunia Moderna yakin vaksinnya mampu tangani varian baharu

Moderna yakin vaksinnya mampu tangani varian baharu

LONDON – Moderna Inc percaya vaksin Covid-19 keluarannya mampu melindungi daripada varian baru yang terdapat di Britain dan Afrika Selatan.

Dalam kenyataanya, syarikat itu berkata, pihaknya tidak menemui kekurangan dalam aspekĀ  tindak balas antibodi terhadap varian yang terdapat di Britain.

Bagi varian Afrika Selatan, ia mendapati tindak balas yang berkurangan tetapi masih percaya dua dosnya akan memberikan perlindungan.

Kemunculan varian baharu di Britain, Afrika Selatan dan Brazil telah mencetuskan kebimbangan mutasi dalam virus hingga menyebabkan pengambilan vaksin kurang efektif.

Moderna sedang melihat apakah suntikan penggalak – sama ada vaksin yang ada atau suntikan baharu yang dihasilkan dapat melindungi terhadap varian Afrika Selatan supaya syarikat dapat bersedia jika terdapat bukti perlindungan vaksin yang ada menurun.

“Virus ini tidak akan berhenti,” kata Presiden Moderna Stephen Hoge.

Moderna vaksinnya sekarang akan tetap melindungi sekurang-kurangnya setahun setelah individu menamatkan dua dos.

Ia tidak akan menguji dos ketiga sehingga sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos tersebut selesai.

Pfizer Inc dan BioNTech SE juga mendakwa vaksinnya efektif untuk menangani varian yang ditemui di Britain tetapi tidak mendedahkan sebarang keputusan berhubung varian Afrika Selatan.

Varian yang pertama kali dijumpai di Britain telah menyebabkan peningkatan kes dan pegawai-pegawai kesihatan Amerika Syarikat menjangkakan ia akan menjadi varian dominan di negara tersebut dalam masa enam minggu. – MalaysiaGazette