Saya menyokong penuh, demi kuasa, DAP patut kerjasama dengan UMNO!
Tapi dua cabaran besar harus dilakukan terlebih dahulu oleh DAP:
A. Memujuk UMNO untuk kerjasama.
– DAP handal dalam memupuk sifat chauvinist kecinaan, memandang rendah bahasa kebangsaan, menghina institusi raja… telah memandulkan kerelaan UMNO dalam mempersennyawakan gabungan politik baru sebagai kerajaan.
– Walaupun mempunyai 42 kerusi dalam parlimen, UMNO tetap dingin dalam menjalinkan hubungan dengan mereka. Berbeza dengan masa Tun Lim Chong Eu di mana Tun Razak mencari Gerakan dalam pembinaan Barisan Nasional. Sebab utama Gerakan memahami nilai KeMalaysiaan.
– Bukan UMNO sahaja, penumbangan kerajaan PH, faktor DAP tidak boleh dinafikan. Puak ini memang menimbulkan kebencian masyarakat umum. Kini PKR juga merasa DAP sebagai liabiliti pada PRU 15.
B. Pemutihan DAP terhadap UMNO.
– Kuasa pemutihan DAP adalah hebat antarabangsa. Produk pemutihan yang berjaya adalah Tun Mahathir. Seseorang individu atau sekumpulan individu yang mereka kritik, marah, hina, tomah atau apa sahaja yang digunakan untuk menjatuhkan mereka, DAP tetap ada jalannya untuk mengangkat mereka semula. Maka UMNO dari “Zero ke Hero” dalam mulut DAP, tiada masalah untuk direalisasikan oleh mereka.
Komen saya seterusnya dari konteks masyarakat Tiong Hua: selain MCA, Gerakan atau DAP…
Sebenarnya UMNO sebagai kerajaan begitu lama, juga memahami keperluan dan kehendak pelbagai kaum.
Mak Kah Keong, Setiausaha Agung Gerakan
DAP sanggup rendahkan martabat untuk berbaik-baik dengan UMNO – MCA