NEW YORK – Google Alphabet Inc akan memberikan sumbangan politiknya kepada mana-mana anggota Kongres yang menentang pengesahan keputusan pilihan raya presiden.
Langkah yang diambil oleh syarikat teknologi itu susulan serangan di bangunan Capitol Amerika Syarikat awal bulan ini.
”Setelah kajian semula itu, lembaga pengarah NetPAC telah memutuskan tidak akan memberi sumbangan kitaran ini kepada mana-mana anggota Kongres yang memilih menentang perakuan keputusan pilihan raya,” kata wakil Google dalam satu kenyataan.
Ratusan penyokong bekas Presiden Donald Trump menyerbu dewan Kongres pada 6 Januari lalu dalam usaha menuntut pembatalan keputusan pilihan raya, memerangi polis dan menunda perakuan kemenangan Presiden Joe Biden.
Berikutan kejadian itu, ahli Republikan di Kongres menerima teguran daripada beberapa syarikat korporat yang menghentikan sumbangan kempen dan menyatakan mereka sedang mengkaji semula polisi sumbangan politik.
Amazon, AT&T, Comcast dan Verizon adalah antara syarikat besar yang telah mengancam untuk menghentikan sumber dana politik untuk Republikan.
AT&T dan Comcast, misalnya, adalah antara penderma korporat terbesar di Washington. – MalaysiaGazette