Home Politik Selesaikan masalah rakyat, bukan main politik – UMNO Sabah

Selesaikan masalah rakyat, bukan main politik – UMNO Sabah

Bung Moktar Radin mandatory Covid-19 vaccine
Bung Moktar Radin

BELURAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata menyelesaikan masalah rakyat yang terkesan dengan COVID-19 dan banjir lebih penting dan perlu diberi keutamaan berbanding bermain politik.

Justeru, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mahu UMNO Sabah memberi fokus kepada masalah rakyat dan tidak mahu diheret dengan isu desakan supaya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan.

“Jangan dengar, itu khabar angin, itu politik kita cerita satu hari nanti…sekarang ini kita perlu fokus dahulu (selesaikan masalah rakyat) kerana rakyat sekarang menderita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau meninjau Jalan Nangoh Paitan Kanibungan yang runtuh akibat hujan lebat pada 19 Jan lepas di Paitan dekat sini.

Semalam, Ketua Bahagian UMNO Seremban Mustafa Salim menafikan penglibatan bahagian itu dalam pencetakan dan pemasangan kain rentang di Sikamat yang meminta Ahmad Zahid meletak jawatan.- BERNAMA