Home Utama Hamzah Zainudin kini pulih daripada COVID-19, dibenar keluar hospital

Hamzah Zainudin kini pulih daripada COVID-19, dibenar keluar hospital

Datuk Seri Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata Hamzah juga berada dalam keadaan baik.

Hamzah disahkan positif COVID-19 pada 12 Jan lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

— BERNAMA