Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan solat Jumaat diadakan di semua masjid dan surau di Perak termasuk surau dalam bangunan pejabat, institusi, universiti, kolej, sekolah dan kilang-kilang sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, Sultan Perak berkata Sultan Perak menzahirkan titah itu selepas menimbangkan sembah cadangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berlandaskan nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak serta pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negeri Perak.