SUBANG JAYA – Walaupun sudah berkali-kali diserbu pihak berkuasa dan dikenakan tindakan, namun enam premis di Taman Perindustrian Puchong Utama, Bukit Puchong dekat sini yang menjalankan aktiviti loteri haram masih tidak serik-serik.
Menerusi Op Dadu yang dijalankan oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya kira-kira pukul 5.30 petang tadi, empat kedai aksesori telefon dan kad tambah nilai, sebuah kedai pajak gadai serta sebuah restoran diserbu dalam operasi tersebut.